Tuesday, 2 April 2013

Durian crepes






Pada cuti sekolah ari tu keme bawa anak pegi Midvalley KL. Jalan punya jalan terjumpa la.. durian crepes . Selama ni keme cuma tau rupa tapi tak pernah rasa. Jadi keme belilah sikit nak rasa katakan..tak lah makan terus simpan dlm handbag dulu. Keme jalan2 lagi bawak anak pegi main kat atas midvalley. Sambil duduk kita bukak handbag ingat nak makan durian crepes tu. Waduh...bau durian semerbak..malu2 jadi tak jadi nak makan. Simpan dulu sampai anak abis main turun bawah beli aiskrim dan duduk2 sambil makan aiskrim. Keme pun bukak la lagi handbag, kali ni tak boleh tunggu lagi bau pun bau la sebab dah lama sangat kat dlm handbag tu takut rosak pulak...sekali bite WAH! WAH! sedapnye.......beli empat berebut2 makan dgn anak nasib baik hubby dan anak lelaki keme tak suka. Sebelum balik cari lagi kedai durian crepes tu sampai sesat larat akhirnya jumpa. Kalau pegi Midvalley pegilah beli mesti jatuh cinta punya.

Bila balik anak bising2 suruh buat durian crepes bukan anak je bising keme pun nak makan jugak
. Carilah durian...ari dah malam kedai bakery pun dah tutup hujan lebat pulak tu cari non dairy whipped cream tak jumpa jadi beli readymade spray punya je la dan inilah hasilnya dari dunia inspirasi blog ku masam manis.

Monday, 25 March 2013

Agar-agar tembikai hantaran



Add caption

Add caption

Add caption
Add caption





Tempahan agar2 tembikai ni dibuat oleh kawan lama utk anaknya yg sulung bertunang semalam. Kami sebaya tapi anaknya dah besar2. Anak keme yg sulung baru darjah satu. Tu la.... siapa suruh kahwin lambat2. Oh...jodohku. Cita nya macam ni hari tu kawan keme ni dtg ke rumah nak mengajak kenduri bertunang anak dia tu, masa tu keme tengah dok buat experimen kat agar2 tembikai ni..jadi dia tengok terus berkenan dan order. Hiasannya bunga gumpaste dan buah jambu kat bawah tu adalah 'loc chup' di sebabkan last minit order bentuk buah jambu la yg sempat digentel

Wednesday, 27 February 2013

Fruity Apom















 Ini adalah sejenis apom. Saya gelarkan dia FRUITY APOM bukan icecream tutty fruity tau...Texture dia sama dengan apom polkodot tapi resepinya lain tak sama. Apom ni sangat sesuai untuk majlis kenduri kendara. Kalau nak dijadikann doorgift pun apa salahnya...just masuk dalam clear plastic dan ikat reben. Jadi kalau nak rasa bolehlah order2 cuma call kat 016-5350523 lebih kurang seminggu lebih awal. Harga 100 biji RM35. Dengan harga pengenalan ini juga saya beri 10 biji coklat praline untuk anda nikmati. Cuba2lah ye.......



Tuesday, 12 February 2013

Chinese New Year Gift






 HAPPY CHINESE NEW YEAR


Coklat & Tart Nenas




Ini  adalah order dari  kawan2 chinese yang menyambut  Tahun  Baru  Cina  2013.   Terima kasih  atas  sokongan  you  all  guys

Saturday, 29 December 2012

register


Pada tanggal 121212 orang sibuk daftar untuk kahwin tapi 2b'taste pergi dafter lesen niaga. Maka kini 2b'taste sudah pun berdaftar dibawah akta pendaftaran perniagaan pada 121212 tapi sayang masanya pada pukul 11.57am; kan cantik kalau pukul 12.00noon.

birthday wish with zodiac




Tempahan dari Linda buat kakak tercinta dihari ulangtahunnya yang istimewa 12-12-2012 yang. sememangnya istimewa

Friday, 7 December 2012

coklat masjid/tajmahal





Coklat di atas ni setengah orang panggil coklat masjid dan setengah orang lagi  panggil coklat tajmahal. Tapi apa2 pun ianya amat sesuai dijadikan hantaran pertunangan. Lambang orang nak mendirikan masjid katakan...2b'taste kini bersedia menerima tempahan. Harga untuk masjid/tajmahal sahaja adalah RM90 manakala kalau ditambah 20pcs coklat praline di bahagian tepi sebagai hiasan adalah RM110. Tema warna dan filling adalah mengikut kesukaan masing2.

Tuesday, 4 December 2012

wedding doorgift & welcome gift


 

(Sebelum)



(Selepas)

Doorgift ini pemberian dari  Nicholas & Sara sempena perkahwinan mereka dua minggu sudah yang bertemakan warna biru. Ianya merupakan bride & groom coklat berisikan biskut oreo didalamnya. Jadi kalau nak rasa cepat2 la...order!

 welcome gift




Yang ini pula dibuat special untuk keluarga Sara yang datang dari Sabah dan diletakkan di dalam bilik hotel sebagai welcome gift atau complimentary for guest room. Sambil2 berehat tu bolehlah menikmati coklat yg berfillingkan roasted kacang almond. Enaknya......


***Sorry gambar tak jelas; ambil menggunakan handphone yg tak canggih pulak tu.