Thursday 4 December 2014

Cheese Butter Cake


Kek Mentega Keju (Cheese Butter Cake) utk minuman keme petang ni...ada lebihan cream cheese kat dlm peti sejuk yg sikit sgt untuk dibuat kek lain, maka keme pun cuba2 resepi ni..tak disangka begitu sedap kek ni yg tidak kering seperti kek butter biasa dan tidak begitu lembik seperti bake cheese kek..boleh dikatakan kek ni agak2 moist gitu....sesiapa yg tidak suka rasa cheese kek yg kaya dgn cheese..boleh cuba resepi di bawah ni...

Sumber dari: Chef Zubaidah
Dibuat oleh: Keme sendiri

Bahan2
170g       mentega (keme guna Anchor salted)
125g       krim keju
200g       gula kastor (keme kurangkan ke 170g)
5 biji      telur (asingkan kuning dan putih)
210g       self raising flour
1sk         vanila esen
1/2 sk     cream of tartar

Cara2nya
1.  Pukul putih telur + cream of tartar sampai bertanduk.Ketepikan
2.  Pukul mentega + Krim keju + gula sehingga sebati
3.  Masukkan kuning telur + vanila esen gaul rata
4.  Masukkan 1/2 putih telur kaup balik agak rata masukkan yg baki dan kaup balik
5.  Tuang kedalam acuan 8" dan bakar suhu 150 C selama 1 jam

Selamat mencuba

Saturday 29 November 2014

Spongebob birthday kek













Birthday anak yang ke-4 tahun bersama dengan kek kartun kegemarannya Spongebob Squarepant...

Sebenonya harijadi dia semalam (28 Nov 2014) tapi disambut pada ari ni 29 Nov..nak buat camne dah bercuti ke pangkor ari tu maka tak sempat nak membeli bahan kek..jadi apa yg ada dirumah je la...taiwanese coklat sponge kek dgn fresh cream frosting. Walau apa pun dia tetap gembira dapat kek spongebob..reaksi mula2 lihat kek - jerit Spongebob.. Spongebob ..Spongebob

Monday 24 November 2014

Red Velvet


 Moist Red Velvet
 





Sebelum.





                                           Selepas
      dihias dgn cream cheese  frosting sememangnya yang terbaik...

Coklat Bar










Coklat bar anggaran saiz 4" x 7.5" x 1" yg ditempah oleh Pn.Linda. Katanya nak diberikan kpd kawan2 anak perempuannya yg tamat alam persekolahan di tadika..

Cheese Tart


Tempahan dari
Pn Mastura
untuk majlis bertunang adiknya

Friday 7 November 2014

chocolate kek




Sememangnya minggu ni moist chocolate kek
disebabkan kecantikan kek yg membuyut naik
didlm gambar blog patyskitchen
membuatkan hati bergelora utk mencuba

Dengan setengah adunan inilah hasilnya
membuyut jugak...
Topping nutella buttercream yg sememangnya lazat
dgn rasa choc hazelnut

Cuma 6 biji kek dihias nutella buttercream
sebab abg syg tak gemo makan
kek berkrim krim ni...

moist chocolate kek

Lagi moist chocolate kek
sempena hari kanak2
di sekolah Edrienna



 

lollichoc bunga sakura













70 pcs lollichoc bunga sakura tempahan dari Pn.Linda sempena majlis harijadi anaknya yg ke-11

moist chocolate cupcakes





Moist chocolate kek dgn topping choc garnache
tempahan doorgift dari Mohd Khairi sempena majlis perkahwinan beliau yg bertemakan royal blue





Sunday 26 October 2014

Strawberry Mousse Delight kek





Strawberry mousse kek rasanya seperti strawberry milk shake..yummy!!!!

Hiasan kek tu sepatutnya mestilah ada buah strawberry kan???  tapi terlupa nak simpan sikit buah tu..abis semua keme buat puree...cam ne dah masuk dlm blender dah tekan suis..dah tak menarik deconya..tak pe janji kek tu marvelous hihihi

Cheese Bun



Cheese bun ni diuli dengan tangan saje...tapi jadiannya memang membanggakan..percayalah...texturenya gebu sesangat macam kita beli kat kedai2 roti tu la...masa pun tak lama nak membuatnya..tak macam masa keme belajar membuat roti dulu..dah la guna machine nak menguli..pas tu kene tunggu lama sangat nak mengembangkan roti tu...sebab tu la bila abis belajar buat roti, keme tak ada semangat nak mencuba buat di rumah..terasa remeh sangat..
Tapi yg ni memang best..Dari doh yg sama kita boleh la olah doh tu nak jadi bentuk apa2 pun atau kita leh isi dgn apa jua fillingkan..kan..kan...(sosej ke, tuna ke, apa2 paste ke etc)...tak payah nak beli kat kedai roti lagi tuk bekal sekolah anak...Maaf la..keme ni tak rajin nak menaip panjang2..tak pandai nak mengulas..jadi kalo nak mencuba resepi roti ni boleh jenguk2 kat Zalinzalina.blogspot.com  "Selamat Mencuba"

Kek Lapis






 Kek Lapis Strawberry Chocolate






Kek Lapis Cheese Blueberry




Kek Lapis putih telur kukus Mocha Chocolate



***keme buat utk menghabiskan putih telur dlm petisejuk sbb kuning telur digunakan tuk buat kek lapis diatas....

Chakerred Kek









Chakerred kek untuk birthday abah yg ke 84 tahun...yg keme buat dlm masa begitu singkat..cam bidan terjun gitu..
Deco apa aje bahan yg ada dirumah je la...
Frosting cream cheese & choc garnache



       " SELAMAT HARIJADI ABAH"
 

Lisboa Egg Tart (Portugese Egg Tart)




Saturday 30 August 2014

Tempahan Agar-agar Barbie doll & Apom Tutty Fruity





Agar-agar barbie doll dalam kotak pvc bulat berukuran 10"x12"
Tempahan dari Vasantha
Agar-agar pelangi barbie doll dihias dengan bunga anthurium dari agar-agar jugak dan Apom tutty fruity
untuk majlis pertunangan.
Masa delivery dari Tambun ke Falim
satu penyeksaan dgn memegang kotak barbie doll
yg bergetar2..penat/lenguh tangan tapi
selamat sampai alhamdulillah